8/06/16

Era Kegelapan Blackberry




Seperti dijangka jualan BlackBerry bagi tahun 2015 telah menurun dengan drastik. Menurut CEO BlackBerry jumlah keseluruhan jualan peranti BlackBerry pada suku keempat 2015 hanyalah 600,000 unit sahaja.

Walaupun BlackBerry telah membuat perubahan pada sistem operasi dengan menggunakan Android sebagai platfom utama mereka. Namun "taring" BlackBerry masih tumpul untuk melawan syarikat gergasi seperti Apple, Samsung, Huawei dan lain-lain.


Hakikatnya, peminar tegar BlackBerry masih ada. Cuma mereka menantikan peranti yang hebat seperti di era kegemilangan BlackBerryBOLD. Faktor harga tinggi serta pengeluaran model yang sangat terhad menyebabkan pengguna tiada pilihan untuk memilihnya.

Seperti diketahui, rekaan BlackBerry memang tiada tolok bandingnya lebih-lebih lagi papan kekunci mereka antara yang terbaik di dunia.

Jika diundur kembali, BlackBerry antara syarikat paling berjaya dan setiap peranti yang dihasilkan akan menjadi pengukur pada model keluaran lain seperti Nokia, Motorola dan iPhone.

Namun, sejak mendiang Steve Jobs melancarkan iPhone generasi pertama, penguasaan Blackberry terus merudum. Tidak keberatan saya mengatakan bahawa kebanyakkan pengguna iPhone adalah datang dari peminat setia BlackBerry.

Memang tidak dinafikan BlackBerry sudah di zaman kejatuhan. Namun, ia bukan batu penghalang untuk mereka berjaya. Aironinya disini, harga dan spesifikasi yang tinggi perlu diutamakan berbanding dengan keutungan agar memastikan mereka mendapat kembali peminat mereka suatu masa dulu.

1 ulasan

halo bosq^^
ingin penghasilan tambahan?
yuk gabung di situs poker dan domino online terpercaya
hanya dengan depo min 10 dan WD min 20 rb
1 id juga bisa untuk 8 permainan..
WA : +8559680106


EmoticonEmoticon