20/08/16

Cara Mudah Mengupas Durian

Buah Durian adalah termasuk buah-buahan yang besar bahkan termasuk dari daftar buah terbesar dengan kulitnya berduri-duri tajam dan keras. Buah durian memiliki berat biasanya antra 1 kg-4kg, sementara diameternya bisa mencapai 15 hingga 30 cm. Daging buah durian biasanya bewarna kuning ke emasan, namun ada juga yang kadang berwarna putih agak pucat (ini biasanya tidak manis). Biji durian ada yang besar dan ada yang kecil tergantung dari jenis durian itu sendiri.


Pohon durian tumbuh secara liar dihutan-hutan Asia, seperti Indonesia, Malaysia, Filipina, dan Thailand, dan ada juga yang tumbuh karena dibudidaya, ini adalah yang terbanyak. Pohon durian akan berbuah ketika umur tanamnya sudah 4 tahun. Pohon durian akan tumbuh terus hingga mencapai ketinggian 50 meter. Jadi tanaman ini akan bertahan selama berpuluh-puluh tahun lamanya.

Berikut merupakan cara-cara untuk mengopek durian :

Langkah 1 : Pukul - pukul kulit durian



Kulit durian yang tajam bisa melukai tangan kita maka sebelum kita mengupas durian kita harus memukul-mukul kulit durian agar tidak terlalu tajam


Langkah 2 : Cari garis-garis belahan



Biasanya garis belahan durian berada dibawah akan nampak garis belahan tersebut.

Langkah 3 : Tusuk pisau panjang atau parang sepanjang garisan tersebut



Langkah 4 : Putar pisau



Setelah durian terbelah kita boleh membukanya menggunakan tangan kita.

Read More

16/06/16

Kaedah-Kaedah Menguji Keaslian Madu


Nak tau macam mana nak kenal pasti madu asli atau pun tak? Caranya mudah saja, berikut merupakan beberapa langkah untuk menguji madu asli yang boleh dilakukan sendiri di rumah anda:


1) Letak di dalam peti sejuk beku (freezer), madu asli tak akan beku.

2) Titiskan madu pada kertas, madu asli tak mudah menyerap.

3) Madu asli yang disimpan dalam botol akan mengeluarkan bunyi 'pop' apabila tudung botol dibuka (cuma untuk tempoh awal penyimpanan di mana penutup tersebut tidak dibuka pada masa yang agak lama). Kalau dah lama atau dah pernah bukak penutup tersebut, bunyi tadi tidak terhasil.

4) Titiskan madu pada permukaan rata, (titis ye, bukan tuang) madu asli akan terbentuk seperti hemisfera, tapi madu campuran akan mudah meleleh.

5) Tuangkan air yang telah berisi madu dalam gelas, goncangkan atau pusing lawan arah jam, akan terbentuk seperti heksagon atau rupa seperti sarang lebah pada madu asli.

6) Tuangkan madu ke dalam cawan yang berisi air, madu tersebut akan membentuk lingkaran seperti sarang lebah juga.

7) Madu asli tidak akan disentuh oleh semut, so cuba la dedahkan amaun yang kecil kepada sang semut, kalau semut tu lari buat tak tau je, memang sah la madu asli. Tapi kalau botol madu pun semut dah kenduri, confirm madu tiruan.

8) Madu asli jika dituang, ia seperti tali, tidak putus alirannya.

9) Madu yang dituang tidak terputus alirannya

10) Cuba tuangkan air suam ke dalam cawan yang berisi madu. Kalau air suam tadi cepat keruh, ternyata madu itu tidak asli. Madu asli tidak akan mengeruhkan air selagi tidak dikacau.

11) Madu asli tidak akan rasa manis menyengat, tapi akan rasa sedikit masam kerana kadar keasidan yang terdapat dalam madu tersebut. Namun begitu tahap keasidan berbeza iaitu dalam julat pH3.4 hingga pH6.1. Madu tulen biasanya mempunyai pH3.5-4.5. Perbezaan ini berlaku atas perubahan cuaca atau musim, misalnya musim hujan, tahap keasidan madu semakin tinggi.

12) Cuba panaskan ½ sudu besar madu di atas lilin, kalau madu asli buihnya akan membesar dan akan terus membuak jika terus dipanaskan, berbaza dengan madu campuran, buih yang dihasilkan kecil-kecil seperti air mendidih.

13) Jika dibiarkan madu di dalam botol terlalu lama, ia akan membentuk gelang pollen atau propolis di bahagian atas.
Read More

14/06/16

XBOX ONE S DILANCARKAN



Pada tahun ini, Microsoft mengumumkan Xbox One S secara umum pada acara E3 yang berlangsung di Los Angeles. Xbones (Slim) kini 40% lebih kecil daripada Xbox One sebelumnya dan menyokong tapak menegak. Dari segi hardware, spesifikasi tidak banyak berubah cuma Xbones menyokong fungsi memainkan Bluray UltraHD 4k, 4K video daripada servis streaming seperti Netflix dan juga HDR photo dan video.


Xbox One S bakal hadir dengan 3 saiz storan berbeza iaitu 500 GB, 1 TB dan 2 TB. Harga yang diumumkan Microsoft bagi Xbox One S boleh dikatakan mampu milik dimana harga bermula sekitar $299 iaitu sekitar RM1226 untuk storan 500 GB dan boleh didapati sekitar bulan Ogos.

TRAILER XBOX ONE S

Read More

12/06/16

Khabar Angin Mengatakan Apple Bakal Menggantikan Warna "Space Grey" kepada "Dark Blue".





Terdapat laporan mengatakan bahawa model iPhone 7 bakal memperlihatkan dengan beberapa variasi warna antaranya emas, perak dan Biru Gelap dimana warna "space grey" akan dikecualikan bagi model terbaru ini.

Beberapa sumber juga mengatakan, model iPhone 7 mempunyai rekaan seakan sama dengan model iPhone 6/6S dengan menggunakan spesifikasi yang lebih kurang sama dengan model sebelum ini.


Seperti diketahui umum, Apple bakal memperkenalkan screen OLED pada model iPhone mereka pada tahun 2017. Besar kemungkinan iPhone 7S memperlihatkan satu perubahan yang ketara pada rekaan dan spesifikasi.

iPhone 7 bakal diperkenalkan pada Apple Special Event 2016 pada September kelak. Secara kesimpulanya, iPhone 7 tidak mempunyai perubahan yang sangat ketara dari semua kreteria. Jika anda tidak mahu membazirkan duit dengan membeli model yang seaakan sama. Anda boleh menunggu untuk mendapatkan model yang lebih baik pada tahun 2017.

Apa pun maklumat ini hanyalah sekadar khabar angin sahaja. Belum ada laporan rasmi dari pihak Apple.

Read More

11/06/16

Tak Tahan Cara Hidup Orang Kaya, Wanita Ni Buat Sesuatu Depan Suami



Ramai orang nak hidup senang dan mewah tapi tak ramai yang bahagia selepas mengecapi kekayaan. Sama juga seperti wanita ini yang langsung tak bahagia walaupun dilimpahi kekayaan oleh suaminya.

Xiao wanita miskin yang berkahwin dengan seorang lelaki kaya. Biasalah kalau dah biasa hidup susah tiba-tiba nak biasakan diri hidup senang dengan macam-macam etika lagi. Tak semua orang mampu buat. Xiao terasa sukar untuk mengikut 'standard' yang diletakkan untuk menjadi menantu yang sempurna.

Terpengaruh dengan satu filem online yang mana jalan ceritanya lebih kurang sama dengan kisahnya, Xiao mengambil keputusan membakar semua handbag berjenama mewah di hadapan suaminya sebagai tanda meminta cerai.



Sumber: Shanghaiist
Read More

9/06/16

Rekaan iPhone 7 & iPhone 7 Pro Tertiris

Terdapat banyak gambar tertiris yang dikatakan adalah rekaan akhir Apple iPhone 7 dan iPhone 7 Pro yang berlegar di arena web sekarang. Tetapi kami tidak dapat kepastian lagi kerana Apple belum melancarkannya lagi. Ini  mungkin gambaran rekaan Apple iPhone 7 & iPhone 7 Pro yang akan kita lihat kelak.


Apple iPhone 7





iPhone 7 Pro





Seperti yang kita dapat lihat, iPhone 7 & iPhone 7 Pro tidak lagi mempunyai bicu Audio. Perbezaan yang ketara yang dapat kita dapat lihat adalah iPhone 7 Pro mempunyai kamera berkembar di bahagian belakang. Tetapi bagi saya iPhone 7 masih lagi kelihatan seperti iPhone 6s yang sekarang. 

Sumber : Martin Hajek
Read More

8/06/16

Tips Kekal Bertenaga Ketika Puasa Di Bulan Ramadan

1)Minum air buah-buahan ketika sahur


Selain dari pengambilan air putih yang cukup, ramai yang kurang peka tentang air buah-buahan yang sebenarnya penting dan harus diambil kerana buah-buahan mengandungi nutrisi seperti vitamin, potasium dan glukosa yang dapat membantu mengekalkan tenaga di dalam badan

2)Mesti Bangun Sahur



Waktu sahur sangat penting supaya badan kita menerima glukos (sumber tenaga) yang cukup daripada makanan yang diambil.

3)Makan makanan yang lambat hadam ketika sahur


Pengambilan makanan pada waktu sahur penting supaya kita tidak akan mudah rasa letih dan mengantuk. Jadi untuk kekal bertenaga pengambilan Karbohidrat kompleks perlu cukup dan antara makanan yang mengandungi karbohidrat ialah nasi, roti, sayur-sayuran dan buah-buahan.

4)Elakkan minum kopi semasa sahur

Orang ramai beranggapan kopi dapat membantu mengekalkan tenaga dan mengelakkan korang dari mengantuk. Tanggapan itu sebenarnya salah! kopi boleh membuatkan anda dahaga dengan lebih cepat. Jadi kurangkan pengambilan kopi untuk kekal sihat.

5)Makan Kurma


Makan kurma ketika sahur dapat membantu anda kekal bertenaga dah kurang dahaga.
Read More

Era Kegelapan Blackberry




Seperti dijangka jualan BlackBerry bagi tahun 2015 telah menurun dengan drastik. Menurut CEO BlackBerry jumlah keseluruhan jualan peranti BlackBerry pada suku keempat 2015 hanyalah 600,000 unit sahaja.

Walaupun BlackBerry telah membuat perubahan pada sistem operasi dengan menggunakan Android sebagai platfom utama mereka. Namun "taring" BlackBerry masih tumpul untuk melawan syarikat gergasi seperti Apple, Samsung, Huawei dan lain-lain.


Hakikatnya, peminar tegar BlackBerry masih ada. Cuma mereka menantikan peranti yang hebat seperti di era kegemilangan BlackBerryBOLD. Faktor harga tinggi serta pengeluaran model yang sangat terhad menyebabkan pengguna tiada pilihan untuk memilihnya.

Seperti diketahui, rekaan BlackBerry memang tiada tolok bandingnya lebih-lebih lagi papan kekunci mereka antara yang terbaik di dunia.

Jika diundur kembali, BlackBerry antara syarikat paling berjaya dan setiap peranti yang dihasilkan akan menjadi pengukur pada model keluaran lain seperti Nokia, Motorola dan iPhone.

Namun, sejak mendiang Steve Jobs melancarkan iPhone generasi pertama, penguasaan Blackberry terus merudum. Tidak keberatan saya mengatakan bahawa kebanyakkan pengguna iPhone adalah datang dari peminat setia BlackBerry.

Memang tidak dinafikan BlackBerry sudah di zaman kejatuhan. Namun, ia bukan batu penghalang untuk mereka berjaya. Aironinya disini, harga dan spesifikasi yang tinggi perlu diutamakan berbanding dengan keutungan agar memastikan mereka mendapat kembali peminat mereka suatu masa dulu.
Read More

7/06/16

Daun Buatan Manusia Boleh Melakukan Fotosintesis

 

Daun buatan manusia kini boleh menghasilkan fotosintesis lebih hebat dari daun semula jadi. Fotosintesis ialah proses  yang dilakukan tumbuh-tumbuhan untuk mengubah tenaga matahari kepada tenaga kimia sebagai bahan makanan. Sistem ini memastikan kandungan karbon dioksida di atmosfera terkawal dan pada masa yang sama membekalkan oksigen kepada semua. Saintis telah menghasilkan daun buatan manusia sejak 2011 sebagai sumber tenaga mesra alam. Melalui proses fotosintesis, bekalan oksigen dan hidrogen tanpa had dapat dihasilkan sebagai sumber tenaga lestari.



Penyelidik di Universiti Harvard baru sahaja menghasilkan daun palsu Bionic Leaf 2.0 yang mampu melakukan proses fotosintesis 10 kali ganda lebih cekap berbanding daun semula jadi. Penggunaan Bionic Leaf 2.0 ini boleh merubah dunia masa hadapan. Setiap individu mampu menghasilkan sumber hidrogen mereka sendiri sebagai bahan api kenderaan dan keperluan tenaga. Apa yang diperlukan hanyalah air dan cahaya matahari.

Sumber: Amanz & Harvard

Read More

Rahsia Tahi Lalat Pada Badan Anda Yang Anda Tidak Tahu





Masyarakat pada zaman dahulu mengenal seseorang dgn melihat tanda pada badannya.Diturunkan di sini firasat tentang tahi lalat. Sejauhmana kebenarannya tidaklah diketahui dgn jelas. Namun begitu,ia biasa diajarkan di kalangan Masyarakat Melayu.Hanyalah sekadar menambah pengetahuan.



Bibir:
Bibir atas kanan - Banyak rezeki, pandai

Bibir atas kiri - Ramai kawan, baik hati

Bibir bawah kanan - Disegani orang, ramai yg suka

Bibir bawah kiri - Pandai bicara, tak mudah kalah

Leher:
Leher kanan - Cerdas, jujur, berani menderita
Leher kiri  - Cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan

Leher di tengah  - Tercapai cita-cita

Mata:
Biji mata kanan  - Suka serong dan pembohong

Biji mata kiri -Pembohong tetapi baik hati

Hujung mata kanan -Baik hati, sopan santun, cerdas

Hujung mata kiri -Baik budi, murah rezeki 

Sudut mata kanan dalam -Disayang suami atau isteri

Sudut mata kiri dalam -Tidak mudah dilupakan pasangan

Sudut mata kanan luar -Baik budi, ramai yg cinta

Pelipis kiri -Murah rezeki, dpt jadi kaya

Pelipis kanan -Serba berhasil dalam usaha

Kelopak mata kanan atas -Baik hati, ramah, berjaya

Kelopak mata kiri atas -Baik budi, ramai yg suka 

Kelopak mata kanan bawah -Agak malas

Kelopak mata kiri bawah -Agak bodoh, kurang bijaksana

Punggung:
Punggung kanan -Agak mengalami kesulitan

Punggung kiri -Malas dan suka duduk

Betis:
Betis kanan -Suka berhibur, boros

Betis kiri -Rajin,tidak suka menganggur

Lutut:
Lutut kanan -Bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha

Lutut kiri -Kurang kuat berusaha

Kepala:
Kepala sebelah kanan -Terkabul cita-cita

Kepala sebelah kiri -Sering menemui kesusahan

Kepala sebelah belakang -Jujur, sabar dan tekun

Kening:
Kening kanan -Cerdas dan cekap

Kening kiri -Cerdas, sopan santun

Tengah kening -Keras hati, berani segala hal

Mulut:
Hujung mulut kanan -Kecil rezeki, tak mudah kalah

Hujung mulut kiri -Suka berpoya-poya

Ketiak:
Ketiak kanan -Dapat menyimpan rahsia

Ketiak kiri -Jujur, banyak yang cinta

Kaki:
Pergelangan kaki kanan -Suka berpergian (keluar rumah)

Pergelangan kaki kiri -Kehendak kuat

Telapak kaki kanan -Tak mudah mengeluh

Jari kaki kanan -Suka menolong

Jari kaki kiri -Berbudi, suka berbuat baik

Telapak kaki kanan -Tidak mudah mengeluh

Telapak kaki kiri -Baik budi pekertinya

Hidung:
Batang hidung -Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya

Pada hidung -Banyak rezeki

Dagu:
Dagu bawah kanan -Jujur dan baik hati

Dagu bawah kiri -Bijak sana dan berbudi luhur

Kemaluan:
Kemaluan kanan atau kiri -Baik, suka senggama

Di kepala kemaluan (lelaki) -Bakal beristeri 2

Tumit:
Tumit kanan -Jujur dan banyak kawan

Tumit kiri -Baik budi

Alis:
Alis kanan -Suka menolong, baik hati

Alis kiri -Ramai yang suka

Peha: 
Pangkal peha kanan -Kemahuan kuat

Pangkal peha kiri -Suka kerja apa pun

Bahu:
Bahu kanan -Cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan

Bahu kiri -Suka kerja keras, banyak tanggungjawab

Dada:
Buah dada kanan -Baik hati, pendiam,simpan rahsia

Buah dada kiri -Ramai kawan, setia pada pasangan 

Dada kanan -Dapat mengatasi masalah

Dada kiri -Berani, jujur dan sabar

Lengan:
Lengan kanan -Setia dan taat pada atasan

Lengan kiri -Menepati janji dan rajin

Pipi:
Pipi kanan -Ramai teman

Tengah-tengah pipi kanan -Ramai yg suka

Tengah-tengah pipi kiri -Ramai teman

Ubun-ubun -Kurang jujur

Pusat:
Pusat -Cerdas, tangkas, tekun

Pusat bahagian kanan -Sejahtera dalam hidup

Pusat bahagian kiri -Beroleh kemliaan

Pinggang:
Pinggang kanan -Sayang pada pasangan hidup

Pinggang kiri -Disayang pasangan hidup

Tangan:
Siku tangan kanan -Kuat ingin memiliki kekayaan

Siku tangan kiri -Baik hati, suka menolong 

Jari tangan kanan -Serba beroleh keuntungan

Jari tangan kiri -Serba baik bekerja

Jari telapak tangan kanan -Banyak rezeki tapi boros

Jari telapak tangan kiri -Banyak rezeki dan cermat 

Perut:
Perut bawah kanan -Banyak rezeki, suka memberi maaf

Perut bawah kiri -Baik hati, tenang hidupnya
Read More

4/06/16

Fakta Menarik Mengenati Manusia Yang Kita Semua Tidak Tahu



1. Mata wanita akan berkelip lebih dua kali ganda daripada lelaki.

2. Seseorang akan lebih tinggi 1cm pada waktu pagi dan petang berbanding waktu malam. Ini adalah disebabkan lapisan tulang rawan pada bahagian sendi akan terbuka pada waktu siang.

3. Dianggarkan sebanyak 550 helai rambut pada bahagian bulu mata.

4. Kebanyakan zarah debu dirumah adalah hasil daripada kulit mati anda.

5. Seorang bayi lahir tanpa tempurung lutut. Ia akan mula terbentuk ketika mereka berusia 2-6 tahun.

6. Tubuh anda menghasilkan dan membunuh 15 juta sel darah merah pada setiap saat.

7. Secara purata, manusia menghasilkan 10,000 galon air liur sepanjang hidup mereka.

8. Jari paling sensitif untuk manusia adalah jari telunjuk.

9. Berat badan manusia adalah 40 kali ganda daripada berat otak.

10. Sekiranya makan terlalu kenyang, pendengaran anda akan semakin tidak jelas.

11. Dianggarkan seseorang akan menelan sebanyak 295 kali ketika makan malam.

12. Air kencing anda akan berwarna kuning cerah sekiranya banyak memakan ulam-ulaman.

13. Tenaga yang dilepaskan sekiranya 1 billion orang melompat pada masa yang sama adalah dianggarkan separuh daripada tenaga nuclear.

14. Purata bayi akan lahir didunia adalah selang 7 saat.

15. Seseorang dianggarkan bernafas 10 juta kali setahun.

16. Pada ketika ini, jumlah orang yang hidup adalah lebih banyak daripada orang yang telah mati.

17. Tubuh manusia lebih sesuai untuk tidur selama 4 jam 2 kali sehari berbanding daripada tidur lapan jam sekali sehari.

18. Dianggarkan janggut seorang lelaki mengandungi antara 7,000 hingga ke 15,000 helai rambut.

19. Janggut lelaki akan tumbuh sekitar 140 mm setiap tahun.

20. Rambut adalah 70 peratus lebih mudah untuk dipotong ketika direndam dalam air suam selama dua minit.

21. Tulang paling keras pada tubuh manusia adalah tulang rahang.

22. Diameter rambut wanita adalah separuh daripada diameter rambut lelaki.

23. Kaki adalah bahagian tubuh yang paling sering digigit oleh serangga.

24. Kuku yang paling cepat untuk tumbuh adalah kuku jari hantu.

25. Otot paling kuat pada tubuh manusia adalah lidah.

26. Manusia pertama kali dijangkiti virus HIV pada tahun 1930-an.

Sumber : sukamedia
Read More

Wanita Ini Menerima RM 187K Dari Netizen

Ditangkap Kerana Curi Peha Ayam Untuk Anak, Wanita Ni Terima RM 187K Dari Netizen




Sumber: Shanghaiist & Sajakongsi

Masih ramai orang yang terdesak dek kesempitan hidup yang mereka hadapi hingga terpaksa mencuri untuk mengisi perut. Itulah yang terjadi kepada seorang wanita di China apabila ditangkap kerana mencuri peha ayam dan beberapa buku kanak-kanak untuk diberikan kepada anaknya yang sedang sakit.

Wanita tersebut Liu Jinxia hanya bekerja sebagai pengutip sampah dengan pendapatan RM 30 sehari sejak beberapa tahun lalu kerana diceraikan suaminya atas kesempitan wang tambahan pula dengan penyakit anak kembarnya yang menderita buah pinggang




Bayangkan hidup hanya RM 30 sehari untuk 3 orang, jadi Liu hanya tinggal dalam sebuah bilik yang hanya sebesar 2 meter persegi dan perlu berjimat cermat. Namun, sebelum Hari Kanak-kanak yang lalu, anak kembarnya teringin nak makan peha ayam jadi Liu ke sebuah pasaraya tempatan untuk beli barangan dapur.

Tapi semasa melihat pasaraya itu melakukan promosi untuk peha ayam dia tak dapat menahan perasaan untuk mencuri supaya anak-anaknya merasa makan peha ayam dan juga mencuri beberapa buku kanak-kanak untuk anaknya ke sekolah tetapi ditangkap.

Siapa sangka penangkapan tu membawa tuah apabila polis berbesar hati untuk membantunya.

Polis itu kemudian berkongsi kisah sedih Liu itu di WeChat dan bertanya jika ada kawan-kawannya yang boleh membantu. Dalam masa yang singkat, polis itu berjaya mengumpul 10,000 yuan (RM6,200) untuk anak-anak Liu.

Namun, itu hanya permulaan. Cerita Liu dan anak-anaknya menjadi viral di media sosial China dan netizen di negara itu yang sebak mendengar kisah tersebut mendermakan lagi 300,000 yuan (RM 187,000) kepada keluarga Liu.



Read More

3/06/16

Dikecam ‘Mabuk’ Kerana Berbusana Melayu Lama, Lelaki Ini Balas Cemuhan Netizen



Setiap bangsa ada identiti dan busana tersendiri. Tak kisahlah Melayu ke, Cina, India, dan lain-lain, semuanya mesti bangga dan nak pakai pakaian yang melambangkan identiti bangsa mereka sendiri. Tak salah langsung kalau nak pakai hari-hari dan bukan sebagai pakaian rasmi macam perayaan. Bezanya, mentaliti kita sendiri. Orang kita ni lebih gemar mencemuh kalau kita buat perkara old school atau yang lari sikit dari lumrah kelaziman. Lagi teruk, dikutuknya kata nak tarik perhatian, takup to datelah. Macam mana tu? Tarik telinga kang baru tau!
Kali ni kami nak kongsikan dengan korang tentang pendirian dan perjuangan tegar seorang braderyang mempraktikkan amalan dan busana Melayu Lama. Siap bertanjak dan bersampin semua. Stylo milo, geng! Lagi syok, siap bukak tempat untuk berkuda, memanah dan macam-macam lagi kat Negeri Sembilan. Huish, kami tengok pun rasa macam nak ke sana untuk try! Pelakon Sari Yanti pun selalu upload Instagram buat aktiviti kat sana, tau! Ikuti perkongsian dan pendirian abang pendekar kita, Bendahara Alam Warisan.

“Saya berbusana bukan saya mabuk!”



Assalamualaikum
“Saya berbusana bukan saya mabuk”
Baru baru ini muktamar satu badan politik menggayakan pakaian tradisi orang Melayu. Tahniah dan secara jujurnya ia memerlukan keberanian untuk berbusana pada zaman ini yang rata ratanya sinikal dan sudah tidak kenal lagi dengan busana melayu. Baru baru ini ada pula yang kata orang berbusana ni mabuk. Celah mana mabuknya saya pun tak tahu. Mabuk kuasa selalu saya lihat. Tapi mabuk berbusana ini kali pertama.

Pernah dipanggil gila isim…


Gerakkan kami anak muda berbusana di KLCC dan Kuala Lumpur pada tahun 2010, benar-benar membuka mata ramai pihak. Ramai juga yang mencemuh. Tapi seronok juga sebab makin banyak cacian makin kuat jati diri sebagai anak melayu yang sejati. Pernah dipanggil gila isim…Pada hamba yang pakai kot atau blazer tengah panas dalam cuaca Malaysia ni lagi gila isim. Saya pernah bermesyuarat dengan menteri menteri, dengan berbusana dan mereka berkot dan berblazer. Ada yang memuji ada yang memperli. Yang pandang sinis bagai nak terbalik bijik mata tu, senyum dengan selamba berkata, “tak melayu hilang didunia”. Dengar perkataan tu, mereka tersenyum bangga dan mengiya.

Dalam dan begitu indah busana Melayu




Pihak Persilatan memang sudah lama dengan busana mereka, dan anak muda semakin berminat untuk mengenali busana Melayu Lama. Semenjak dari itu kami tidak pernah menoleh lagi kebelakang. Dalam dan begitu indah busana Melayu. Banyak yang tersirat di dalam setiap lipatan dan di dalam setiap gaya. Bersesuaian dengan setiap tempat dan fungsinya. Ketamadunan yang tinggi membuatkan kita bijak dalam berpakaian.

Jangan malu berbusana Melayu



Raya ni berbusanalah. Tak ada apa yang nak di malukan.
Singa tetap singa, Kambing tetap kambing.

Usah malu mengaku Melayu.
Usah malu berbusana.
Itu usul kita warisan kita.
Ada betulnya juga tulisan brader ni. Setiap pakaian tradisi lama tu ada sejarah dan maksud tersirat yang kita patut kekalkan dan ambil tahu. Kalau tak, generasi seterusnya dah tak tahu asal usul bangsa masing-masing. Sama jugak macam makanan, adab dan tatacara hidup. Ambil yang baru, kekalkan yang lama. Kalau tak nak praktikkan, jangan bash. Bukannya hina macam sampah atau sindir-menyindir. Barulah betul. Steady, geng!
Sumber: Facebook Bendahara Alam Warisan 
Read More

Dulu Awek Tinggal Sebab Guna Kereta Kecik, Sekarang Lelaki Ini Sudah Popular Dan Ada Kereta Mewah



Pasti anda kenal dengan Zukie ya tak? Zukie merupakan seorang  insta femes dimana video-video pendek yang dihasilkan sentiasa menangkap perhatian netizen. Malah, pengikut di instagram juga hampir mencecah 500k dan di umur yang masih muda, Zukie sudah memiliki syarikat sendiri dan juga sebuah kereta mewah.  Namun, ada cerita di sebalik kejayaan Zukie.





Sebelum memasuki fasa kejayaan dalam hidup, Zukie dahulu merupakan seorang pekerja zoo dan difahamkan gaji yang diperoleh hanya cukup untuk menyara keluarga. Namun siapa tahu, nasib seseorang akan berubah secara tiba-tiba kan. Bak kata orang, Allah adalah sebaik-baik perancang.

Disebalik kesusahan hidup, Zukie juga dikatakan pernah menjalin ikatan percintaan dengan seorang wanita selama 4 tahun dan hampir melangsungkan perkahwinan pada tahun ini. Namun, hajat tak kesampaian apabila si wanita lari meninggalkan Zukie dengan alasan ada orang lain yang lebih berharta dan mampu memenuhi segala kehendak wanita tersebut.



Walau bagaimanapun, Zukie bukan lagi seperti dulu yang memiliki kancil dan tidak berwang. Kini Zukie ada segala-galanya termasuk wang, harta dan juga populariti. Berkat kesabaran, Allah hadiahkan ganjaran berlipat ganda kan? Tapi, akan datang lain pula yang diuji bila kita sudah rasai kesenangan. Kesimpulannya, hidup ni kena selalu beringat. 

Sumber HCL
Read More

1/06/16

15 Fakta Menarik Tentang Mata Manusia Yang Ramai Tidak Tahu!!




Mata merupakan salah satu PANCA INDERA manusia untuk melihat. Mata berkebolehan untuk mengesan cahaya. Struktur mata manusia bergantung kepada kebolehannya menumpukan cahaya kepada retina. Setiap komponen yang dilalui cahaya adalah lut sinar untuk mengurangkan kemalapan cahaya. Kornea dan kanta akan menumpukan cahaya yang masuk ke atas retina, yang mengaktifkan suatu tindak balas kimia dan menghasilkan isyarat yang untuk dihantar ke otak.


Berikut merupaka beberapa fakta menarik mengenai mata manusia :




  1. Lensa mata bergerak lebih cepat daripada lensa kamera di dunia ini dan otot mata adalah otot tercepat dalam tubuh,sebab itulah mengapa ketika sesuatu hal terjadi dengan cepat, perkara itu dikatakan berlaku dengan sekelip mata.
  2. Manusia tidak akan bersin dengan mata yang terbuka
  3. Buta warna lebih sering terjadi pada kaum lelaki.
  4. Mata berkedip sekitar 12 kali setiap menit dan Berkedip Sekitar 15.000 kali setiap hari. Anda berkedip rata-rata 4.200.000 kali dalam setahun.
  5. Manusia akan berkedip lebih banyak ketika mereka berbicara.
  6. Mata kita melihat benda-benda yang terbalik, Otak kitalah yang mengubah gambar menjadi bentuk yang betul.
  7. Jika cahaya berada tepat pada mata, kita boleh melihat cahaya lilin dari jarak 14 batu.
  8. Terdapat beberapa orang yang terpilih dilahirkan dengan bola mata kiri dan kanan yang beraza warnanya. Perkara ini disebut sebagai Heterochromia .
  9. Mata manusia boleh membezakan 500 jenis warna abu-abu dan boleh mengesan 10 juta warna tetapi tidak dapat melihat cahaya ultraungu atau inframerah.
  10. Dalam hidup, rata-rata mata kita akan melihat 24 juta gambar yang berbeza..
  11. Walaupun fungsi dari air mata adalah untuk menjaga agar mata menjadi bersih, para saintis tidak mengerti mengapa kita menangis ketika kita marah.
  12. Semakin tua semakin sedikit air mata yang dihasilkan.
  13. Semua bayi buta warna semasa lahir.
  14. Bayi yang baru lahir akan menangis, tetapi tidak menghasilkan air mata. Bayi tidak menghasilkan air mata sehingga mereka kira-kira berusia enam minggu.
  15. Orang biasanya membaca 25 kali lebih lambat di skrin daripada di atas kertas.

“When life gives you lemons, squirt someone in the eye.” 
― Cathy Guisewite

Demikianlah fakta-fakta menarik mengenai mata manusia. Semoga fakta ini dapat memberikan manfaat pada kita semua.
Read More

31/05/16

Gorilla Terpaksa Ditembak Mati Selepas Budak Lelaki Terjatuh Dalam Kandang





Kesiannya bila seekor gorilla jantan terpaksa ditembak mati selepas seorang budak lelaki berumur 4 tahun terjatuh dalam kandang yang didiami 3 ekor gorilla.Penjaga zoo terpaksa menembak gorilla berumur 17 tahun itu di Zoo Cincinnati selepas ada saksi melihat gorilla tersebut mengangkat dan mencampak kanak-kanak tersebut. Budak lelaki 4 tahun itu memanjat melepasi halangan sebelum terjatuh setinggi 10 kaki ke dalam kandang dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4 petang.

Read More

Mengapa Semut Berhenti Seketika Apabila Bertemu Semut Yang Lain ??




Mengapa semut akan berhenti Seketika jika bertemu/berpapasan dengan semut lainnya? 


Semut yang terlihat “mengadu kepala” saat bertemu itu sebenarnya sedang berkomunikasi. 

T.C. Schneirla, seorang peneliti di New York University, pernah mengadakan percobaan dengan semut. Ia mengambil seekor semut lalu ditaruh dalam
Read More