20/08/16

Cara Mudah Mengupas Durian

Buah Durian adalah termasuk buah-buahan yang besar bahkan termasuk dari daftar buah terbesar dengan kulitnya berduri-duri tajam dan keras. Buah durian memiliki berat biasanya antra 1 kg-4kg, sementara diameternya bisa mencapai 15 hingga 30 cm. Daging buah durian biasanya bewarna kuning ke emasan, namun ada juga yang kadang berwarna putih agak pucat (ini biasanya tidak manis). Biji durian ada yang besar dan ada yang kecil tergantung dari jenis durian itu sendiri.


Pohon durian tumbuh secara liar dihutan-hutan Asia, seperti Indonesia, Malaysia, Filipina, dan Thailand, dan ada juga yang tumbuh karena dibudidaya, ini adalah yang terbanyak. Pohon durian akan berbuah ketika umur tanamnya sudah 4 tahun. Pohon durian akan tumbuh terus hingga mencapai ketinggian 50 meter. Jadi tanaman ini akan bertahan selama berpuluh-puluh tahun lamanya.

Berikut merupakan cara-cara untuk mengopek durian :

Langkah 1 : Pukul - pukul kulit durian



Kulit durian yang tajam bisa melukai tangan kita maka sebelum kita mengupas durian kita harus memukul-mukul kulit durian agar tidak terlalu tajam


Langkah 2 : Cari garis-garis belahan



Biasanya garis belahan durian berada dibawah akan nampak garis belahan tersebut.

Langkah 3 : Tusuk pisau panjang atau parang sepanjang garisan tersebut



Langkah 4 : Putar pisau



Setelah durian terbelah kita boleh membukanya menggunakan tangan kita.

Read More

16/06/16

Kaedah-Kaedah Menguji Keaslian Madu


Nak tau macam mana nak kenal pasti madu asli atau pun tak? Caranya mudah saja, berikut merupakan beberapa langkah untuk menguji madu asli yang boleh dilakukan sendiri di rumah anda:


1) Letak di dalam peti sejuk beku (freezer), madu asli tak akan beku.

2) Titiskan madu pada kertas, madu asli tak mudah menyerap.

3) Madu asli yang disimpan dalam botol akan mengeluarkan bunyi 'pop' apabila tudung botol dibuka (cuma untuk tempoh awal penyimpanan di mana penutup tersebut tidak dibuka pada masa yang agak lama). Kalau dah lama atau dah pernah bukak penutup tersebut, bunyi tadi tidak terhasil.

4) Titiskan madu pada permukaan rata, (titis ye, bukan tuang) madu asli akan terbentuk seperti hemisfera, tapi madu campuran akan mudah meleleh.

5) Tuangkan air yang telah berisi madu dalam gelas, goncangkan atau pusing lawan arah jam, akan terbentuk seperti heksagon atau rupa seperti sarang lebah pada madu asli.

6) Tuangkan madu ke dalam cawan yang berisi air, madu tersebut akan membentuk lingkaran seperti sarang lebah juga.

7) Madu asli tidak akan disentuh oleh semut, so cuba la dedahkan amaun yang kecil kepada sang semut, kalau semut tu lari buat tak tau je, memang sah la madu asli. Tapi kalau botol madu pun semut dah kenduri, confirm madu tiruan.

8) Madu asli jika dituang, ia seperti tali, tidak putus alirannya.

9) Madu yang dituang tidak terputus alirannya

10) Cuba tuangkan air suam ke dalam cawan yang berisi madu. Kalau air suam tadi cepat keruh, ternyata madu itu tidak asli. Madu asli tidak akan mengeruhkan air selagi tidak dikacau.

11) Madu asli tidak akan rasa manis menyengat, tapi akan rasa sedikit masam kerana kadar keasidan yang terdapat dalam madu tersebut. Namun begitu tahap keasidan berbeza iaitu dalam julat pH3.4 hingga pH6.1. Madu tulen biasanya mempunyai pH3.5-4.5. Perbezaan ini berlaku atas perubahan cuaca atau musim, misalnya musim hujan, tahap keasidan madu semakin tinggi.

12) Cuba panaskan ½ sudu besar madu di atas lilin, kalau madu asli buihnya akan membesar dan akan terus membuak jika terus dipanaskan, berbaza dengan madu campuran, buih yang dihasilkan kecil-kecil seperti air mendidih.

13) Jika dibiarkan madu di dalam botol terlalu lama, ia akan membentuk gelang pollen atau propolis di bahagian atas.
Read More

14/06/16

XBOX ONE S DILANCARKAN



Pada tahun ini, Microsoft mengumumkan Xbox One S secara umum pada acara E3 yang berlangsung di Los Angeles. Xbones (Slim) kini 40% lebih kecil daripada Xbox One sebelumnya dan menyokong tapak menegak. Dari segi hardware, spesifikasi tidak banyak berubah cuma Xbones menyokong fungsi memainkan Bluray UltraHD 4k, 4K video daripada servis streaming seperti Netflix dan juga HDR photo dan video.


Xbox One S bakal hadir dengan 3 saiz storan berbeza iaitu 500 GB, 1 TB dan 2 TB. Harga yang diumumkan Microsoft bagi Xbox One S boleh dikatakan mampu milik dimana harga bermula sekitar $299 iaitu sekitar RM1226 untuk storan 500 GB dan boleh didapati sekitar bulan Ogos.

TRAILER XBOX ONE S

Read More

12/06/16

Khabar Angin Mengatakan Apple Bakal Menggantikan Warna "Space Grey" kepada "Dark Blue".





Terdapat laporan mengatakan bahawa model iPhone 7 bakal memperlihatkan dengan beberapa variasi warna antaranya emas, perak dan Biru Gelap dimana warna "space grey" akan dikecualikan bagi model terbaru ini.

Beberapa sumber juga mengatakan, model iPhone 7 mempunyai rekaan seakan sama dengan model iPhone 6/6S dengan menggunakan spesifikasi yang lebih kurang sama dengan model sebelum ini.


Seperti diketahui umum, Apple bakal memperkenalkan screen OLED pada model iPhone mereka pada tahun 2017. Besar kemungkinan iPhone 7S memperlihatkan satu perubahan yang ketara pada rekaan dan spesifikasi.

iPhone 7 bakal diperkenalkan pada Apple Special Event 2016 pada September kelak. Secara kesimpulanya, iPhone 7 tidak mempunyai perubahan yang sangat ketara dari semua kreteria. Jika anda tidak mahu membazirkan duit dengan membeli model yang seaakan sama. Anda boleh menunggu untuk mendapatkan model yang lebih baik pada tahun 2017.

Apa pun maklumat ini hanyalah sekadar khabar angin sahaja. Belum ada laporan rasmi dari pihak Apple.

Read More

11/06/16

Tak Tahan Cara Hidup Orang Kaya, Wanita Ni Buat Sesuatu Depan Suami



Ramai orang nak hidup senang dan mewah tapi tak ramai yang bahagia selepas mengecapi kekayaan. Sama juga seperti wanita ini yang langsung tak bahagia walaupun dilimpahi kekayaan oleh suaminya.

Xiao wanita miskin yang berkahwin dengan seorang lelaki kaya. Biasalah kalau dah biasa hidup susah tiba-tiba nak biasakan diri hidup senang dengan macam-macam etika lagi. Tak semua orang mampu buat. Xiao terasa sukar untuk mengikut 'standard' yang diletakkan untuk menjadi menantu yang sempurna.

Terpengaruh dengan satu filem online yang mana jalan ceritanya lebih kurang sama dengan kisahnya, Xiao mengambil keputusan membakar semua handbag berjenama mewah di hadapan suaminya sebagai tanda meminta cerai.



Sumber: Shanghaiist
Read More

9/06/16

Rekaan iPhone 7 & iPhone 7 Pro Tertiris

Terdapat banyak gambar tertiris yang dikatakan adalah rekaan akhir Apple iPhone 7 dan iPhone 7 Pro yang berlegar di arena web sekarang. Tetapi kami tidak dapat kepastian lagi kerana Apple belum melancarkannya lagi. Ini  mungkin gambaran rekaan Apple iPhone 7 & iPhone 7 Pro yang akan kita lihat kelak.


Apple iPhone 7





iPhone 7 Pro





Seperti yang kita dapat lihat, iPhone 7 & iPhone 7 Pro tidak lagi mempunyai bicu Audio. Perbezaan yang ketara yang dapat kita dapat lihat adalah iPhone 7 Pro mempunyai kamera berkembar di bahagian belakang. Tetapi bagi saya iPhone 7 masih lagi kelihatan seperti iPhone 6s yang sekarang. 

Sumber : Martin Hajek
Read More

8/06/16

Tips Kekal Bertenaga Ketika Puasa Di Bulan Ramadan

1)Minum air buah-buahan ketika sahur


Selain dari pengambilan air putih yang cukup, ramai yang kurang peka tentang air buah-buahan yang sebenarnya penting dan harus diambil kerana buah-buahan mengandungi nutrisi seperti vitamin, potasium dan glukosa yang dapat membantu mengekalkan tenaga di dalam badan

2)Mesti Bangun Sahur



Waktu sahur sangat penting supaya badan kita menerima glukos (sumber tenaga) yang cukup daripada makanan yang diambil.

3)Makan makanan yang lambat hadam ketika sahur


Pengambilan makanan pada waktu sahur penting supaya kita tidak akan mudah rasa letih dan mengantuk. Jadi untuk kekal bertenaga pengambilan Karbohidrat kompleks perlu cukup dan antara makanan yang mengandungi karbohidrat ialah nasi, roti, sayur-sayuran dan buah-buahan.

4)Elakkan minum kopi semasa sahur

Orang ramai beranggapan kopi dapat membantu mengekalkan tenaga dan mengelakkan korang dari mengantuk. Tanggapan itu sebenarnya salah! kopi boleh membuatkan anda dahaga dengan lebih cepat. Jadi kurangkan pengambilan kopi untuk kekal sihat.

5)Makan Kurma


Makan kurma ketika sahur dapat membantu anda kekal bertenaga dah kurang dahaga.
Read More